Monday, April 26, 2010

.Tidak Tahu Mengapa.

Saya hanya manusia biasa. Yang tidak sengaja melakukan dosa, yang sentiasa terluka, yang tidak sempurna. Maka maaflah sehingga hujung nyawa jika ada yang terluka dan terasa. Saya mencuba dan sering mencuba menjaga hati "ANDA". Namun dalam menjaga, hati saya juga terluka. Mungkin anda tidak sama seperti " DIA" yang pandai memujuk manja, tidak juga pandai berkata2. Tetapi kerana ketidaksempurnaan itu saya tertarik pada anda. Saya cuba menjaga hubungan kita namun semua hampa di sebabkan salah saya. Saya sangat tidak memahami anda, maaf andai anda terluka. Saya juga tidak sempurna seperti " KAMU" yang pandai menjaga hati anda. Wlaupun begitu, jauh di sudut hati, saya sangat menyayangi anda dan dia. Saya sangat merindui kalian berdua. Saya cuba untuk berbaik dengan anda dan saya mengaku itu salah saya. Namun hampa kerana kita berdua selalu bertengkar walau dalam keadaan biasa. Hanya frust seketika saya telah melukakan hati anda dan hilang semuanya. Ketahuilah saya yang sangat berdosa ini menyayangi anda. Harap kita dapat berjumpa salam keadaan senyum sentiasa. Harap juga anda sentiasa sihat di sana. Saya tiada niat untuk meluka, saya hanya manusia biasa yang sampai kiamat akan berdosa.