Tuesday, July 27, 2010

.Nisfu Sya'aban.


Sy kongsikn serba sedikit pengertian Nisfu Sya'aban :

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Sya'aban bererti setengah bulan Sya'aban. Malam Nisfu Sya'aban adalah malam lima-belas Sya'aban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Hari nisfu Sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 Sya’aban sebaik sahaja masuk Maghrib).

Rasullullah S.A.W berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”




Ya Allah, KAU datangkan bln Rejab memberiku kesempatan utk meminta ampun dari segala dosa. Kini KAU dtgkn bln Sya'aban memberiku kesempatan utk memperbaiki diri dari segala sifat cela.Mudah2an sempat utkku menerangkan hati dan jiwa pada bln Ramadan yg bakal tiba

Mari Berpuasa :)