Monday, December 27, 2010

.Kekasih Semalam.

Lamunan,

Membawa aku terkenang,

Kisah dan resah silam,

Berulang cetera seribu erti.


"Kau" hilang tanpa bicara,

Meninggalkan kasih layu sendiri,

Memusnahkan kecintaan hakiki,

Entah menyambung usia buat hari-hari nan berwarna,

Entah kan jua bertemu berbunga mekar nan wangi.


Bermulalah kehidupan,

Mengalir bak titisan air,

Dalam hawa dingin sejuk pada malam hari,

Dari kisah semalam ku kebingungan,

Semakin dikenang semakin pilu,

Ku cuba berdendang, tapi hampa,

Kerana gendang pilu tetap bergema.


Kasihmu benar menusuk hati kecilku,

Kasih yang tidak dapat ku leraikan lagi,

Agung sungguh, "Kau" tersayang,

Cahayamu masih terasa, walaupun dalam malam yang kelam.

Kekadang,

Rasa kecewa datang mendadak,

Mamaki, menghamun kenyataan,

Membawa "Kau" pergi,

Tidak pulang-pulang.


Aku karam bersendirian,

Masih mencari dan menanti kasih sayang.